Thursday, March 19, 2009

Kenali Cintaku.....

CINTA adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan… Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja. Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta tapi dapatkah hatinya setia pada kita?… Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap. Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak. Cintai jangan sesekali dihampiri jika tidak sanggup menanggung risikonya. Cinta sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan. Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka. Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan. Kemudian kita akan sedari cinta hanyalah permainan nafsu yang membawa kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan.Meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka.

Kenali Diriku ini.....

Dilahirkan sebagai Mohammad Jeffry Bin Abu Hassan pada 12 Manrch 1987 di Butterworth, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang. Anak tunggal, , berketurunan Melayu. Ayahku orang Penang manakala emakku Bulit Siput Segamat. Masa mengandungkan aku, emakku mengidam air soya tapi tatau pasal apa aku anti gan air soya juga. Mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Kampung Kastam ketika berusia 6 tahun dan seterusnya memasuki Sekolah Kebangsaan Rompin sebelum dicalonkan sebagai Ketua Darjah 1 Hijau. Turun pangkat sebagai Penolong Ketua Darjah sebelum dinaikkan pangkat semula kepada Ketua Darjah ketika Darjah 3 hingga 5. Berpindah ke Pelabuhan Klang pada hujung tahun 1998 kerana mengikut ayah. Memulakan persekolahan di sana di Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Utara sebagai Ketua Kelas dan pengawas sekolah ketika Darjah 6. Selepas UPSR dengan keputusan cemerlang.
Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah sehingga tamat pengajian pada penghujung 2005 dengan memegang jawatan Pengawas selama 5 tahun berturut-turut. Kini, masih lagi menuntut di semester akhir dan menanti untuk menjerit kegembiraan untuk menamatkan pengajian pada 7 Disember ini dari UNISEL. Hahahaha....